suria

Ahli Parlimen Khuatir Tahap Keselamatan Selepas Benteng Konkrit Runtuh

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis sentiasa khuatir tentang tahap keselamatan kediamannya di Bukit Setiawangsa berikutan benteng konkrit di kawasan itu runtuh, malam Jumaat.

"Ia dibina pada 1985, saya tinggal di sini sejak awal 80-an. Saya sentiasa bimbang terutama kerana ketinggiannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita di kejadian pada Sabtu.

Beliau berkata, rumahnya yang terletak bersebelahan dengan banglo yang musnah menjadi dua bahagian, mengalami kerosakan kecil termasuk pagarnya roboh.

Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin berkata, kebanyakan penghuni di kawasan itu sedang bercuti dan tidak berada di rumah masing-masing ketika tragedi tersebut berlaku.

Artikel Sebelum

Artikel Lain