suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

41 Ekor Ular Berbisa Masuk Rumah Akibat Banjir Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu (JPAM) membantu menangkap 41 ekor ular yang masuk rumah semasa banjir di negeri ini.

Pegawai JPAM Terengganu Leftenan (PA) Nor Asmawi Abdul Mutalib berkata jenis ular yang ditangkap itu ialah seperti tedung, senduk dan haiwan itu diserahkan kepada pihak berkuasa relevan.

Dalam tempoh dua hari sahaja sejak banjir mula melanda negeri ini Ahad lepas, pihak JPAM menerima aduan 13 hingga 16 kes ular masuk rumah setiap hari, katanya kepada Bernama, Jumaat.

Beliau berkata biasanya pada musim banjir, ular akan mencari tempat perlindungan apabila sarangnya ditenggelami air.

Katanya orang ramai boleh menghubungi pusat kawalan operasi banjir daerah dan negeri yang dibuka 24 jam untuk mendapatkan bantuan menangkap ular yang memasuki rumah mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.-- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain