suria

Tun Dr Lim Keng Yaik Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas Presiden Parti Gerakan Malaysia Tun Dr Lim Keng Yaik, 73, meninggal dunia di kediamannya di Tropicana Country Resort di sini pada 4.45 petang Sabtu.

Difahamkan, Keng Yaik meninggal dunia kerana sakit tua.

Beliau meninggalkan seorang isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak.

Selepas berita kematian Keng Yaik tersebar, warga media memenuhi kawasan luar kediaman mendiang sejak 6.30 petang bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada anggota keluarganya.

Anaknya, yang juga Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan ditemu ramah.

Si Pin, yang ditemani setiausahanya, Dominic Lau, turut meminta pemberita supaya beredar.

"Kami akan maklumkan tentang berita ini kepada anda esok," kata Dominic.

Keng Yaik dipilih Presiden Gerakan pada 1980 dan menerajui parti itu hingga 2007 sebelum meletakkan jawatan, dan diganti oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau juga merupakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi dari tahun 2004 hingga 2008. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain