Ganjaran RM15 Juta Untuk Kepala Marwan - Semasa | mStar

Ganjaran RM15 Juta Untuk Kepala Marwan

PETALING JAYA: Ganjaran berjumlah RM15 juta ditawarkan untuk kepala, ketua kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) Zulkifli Abdul Hir antara yang dipercayai terbunuh dalam serangan udara, Februari lalu.

Lebih dikenali sebagai Marwan, kumpulan pengganas yang diterajuinya itu dipercayai merancang untuk melakukan serangan bom di bandar Davao di selatan Filipina melibatkan Mohd Noor Fikrie Abd Kahar dari Kedah, menurut sumber pihak berkuasa Filipina.

Misi itu bagaimanapun gagal apabila pasukan risikan berjaya mematahkan serangan tersebut dan menembak mati Mohd Noor Fikrie serta menahan isterinya seorang warga Filipina, Annabelle Nieva Lee, 26.

Individu paling dikehendaki, Zulkifli, 46, dan pemimpin JI warganegara Singapura, Abdullah Ali antara 15 pejuang Abu Sayyaf termasuk ketuanya Dr Abu Pula yang maut dalam serangan udara yang dilancarkan di kem pengganas di Parang, Jolo pada 2 Februari lalu.

Walaupun pembunuhan Abdullah yang turut dikenali sebagai Muawiyah dan Dr Abu atau dikenali sebagai Umbra Jumdail berjaya disahkan, kematian Zulkifli masih menjadi tanya tanda.

Pada April, kerajaan Malaysia menghantar sampel DNA keluarganya ke Manila.

Bagaimanapun, tanpa sampel tisu untuk meneruskan ujian tersebut, kematian Zulkifli sehingga kini masih tidak dapat disahkan.

Zulkifli yang berasal dari Muar, Johor terus menjadi individu paling dikenali Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di bawah ganjaran Program Keadilan kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Dia merupakan ketua kepada Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang bekerjasama dengan JI.

Menurut FBI, dia turut mengendalikan pembuatan bom dan memberi latihan kepada organisasi pengganas.

Dia turut didakwa di sebuah mahkamah daerah di California pada Ogos 2007 kerana menyediakan peralatan sokongan kepada anggota pengganas.

Artikel Sebelum

Dua Pekerja Warga India Maut Dirempuh Kereta

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?