suria

Perubahan Kerajaan Malaysia Boleh 'Menakutkan' Pelabur

PETALING JAYA: Perubahan dalam kerajaan Persekutuan boleh menyebabkan pelabur asing lari dan bursa tempatan berada dalam keadaan tidak menentu sehingga enam bulan, kata pengurus dana dan penganalisis.

Mereka berkata kestabilan pasaran hanya akan dipulihkan jika dan apabila pentadbiran baru tampil dengan dasar-dasar yang jelas dan tegas.

Ketua Pegawai Pelaburan (Ekuiti) Eastspring Investment Bhd Yvonne Tan Hong Yean mengingatkan bahawa pelabur asing mungkin memilih untuk meninggalkan Malaysia jika ada perubahan dalam kerajaan selepas pilihan raya umum.

Tan berkata demikian selepas taklimat Tinjauan Bon dan Ekuiti Malaysia 2013 pada Isnin dan menyatakan bahawa pasaran dilihat agak positif dengan pertumbuhan 10 peratus ekonomi yang ditetapkan untuk syarikat yang disenaraikan di negara ini pada tahun depan, jika tiada perubahan dalam kerajaan yang memerintah dan perdana menteri.

"Walau bagaimanapun, jika terdapat kerajaan baru, akan timbul banyak ketidakpastian," tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun depan diunjurkan berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus, seiring dengan unjuran kerajaan yang dipacu oleh pembelanjaan domestik dan perbelanjaan sektor swasta.

Artikel Sebelum

Universiti Ketawa...

Artikel Lain