suria

Seorang Lagi Pegawai Tinggi Kerajaan Di Selangor Akan Ditukarkan

Datuk Zainal Abidin A'ala
Datuk Zainal Abidin A'ala
Datuk Zainal Abidin A'ala

SHAH ALAM: Seorang lagi pegawai tinggi kerajaan di Selangor akan dipindahkan berkuatkuasa Khamis, menurut Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu.

Beliau berkata pertukaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin A'ala berkuatkuasa Khamis, dan melahirkan rasa kesal bagaimana pertukaran tersebut dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Liu berkata, beliau belum menerima surat daripada JPA memaklumkan tentang pertukaran tersebut, dan tidak tahu bilakah Zainal Abidin menerima surat pemindahan beliau.

"Kami sedih dan terkejut kerana MPS akan kehilangan seorang pemimpin yang rajin dan cekap. Beliau mengendalikan isu pungutan sampah dan isu Batu Caves dengan baik," katanya

Ini adalah pemindahan kedua yang dibuat secara tiba-tiba terhadap penjawat awam di negeri ini tahun ini.

Pada bulan September, Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohamad Roslan Sakiman menerima sepucuk surat pertukaran pada 27 September yang memaklumkan kepadanya pertukaran berkuatkuasa pada 1 oktober.

Kerajaan negeri membantah tindakan itu dan sejak itu pertukaran telah dibekukan.

Artikel Lain