suria

Empat Orang Asli Dibebas Tuduhan Bunuh Harimau

TAPAH: Empat Orang Asli dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan menembak seekor harimau pada 2010 oleh mahkamah majistret di Tapah.

Majistret, Fairuz Adiba Ismail berkata, pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie.

Keempat-empat mereka dari Sungkai telah menggunakan senapang untuk menembak seekor harimau pada 4 Februari 2010 pada pukul antara 8 pagi dan 1 petang di Hutan Rizab Bukit Tapah.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 64A Akta Perlindungan Hidupan Liar.

Artikel Lain