suria

Enam Maut Dalam Kemalangan Di Kemaman

KEMAMAN: Enam orang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah bas ekspres di Meraga Beris di sini awal pagi Rabu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 pagi di mana kesemua mangsa yang meninggal dipercayai merupakan penumpang kereta berkenaan.

"Semua mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Kemaman," katanya ketika dihubungi Bernama. BERNAMA

Artikel Lain