suria

200 Syarikat Kawalan Keselamatan Diberi Lesen Ambil Pekerja Asing

KUALA LUMPUR: Sebanyak 200 syarikat kawalan keselamatan telah diberi lesen oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil pekerja asing berkhidmat dalam industri keselamatan di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 11 ribu warga Nepal diluluskan bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala 130 ribu adalah rakyat tempatan.

"Warga rakyat Nepal yang diambil bekerja dalam industri keselamatan hanya bekas tentera dan bermastautin di negara ini.

"Ia adalah sebagai memenuhi permintaan terhadap sektor tersebut dan bagi tempoh yang telah ditetapkan sahaja," katanya dalam sidang dewan rakyat, di sini, pada Selasa.

Jelas Abu Seman, warga Nepal dipilih berbanding warga asing lain berikutan rekod baik yang ditunjukkan ketika berkhidmat dengan tentera British dahulu.

"Sejarah ketika British memerintah negara kita menunjukkan warga rakyat Nepal yang diambil berkhidmat menunjukkan rekod yang baik.

"Mereka lebih setia, berdispin dan mematuhi arahan daripada ketua, jadi disebab banyak syarikat keselamatan meminta perkhidmatan daripada warga negara tersebut," katanya.

Pada tahun 2003 apabila syarikat kawalan keselamatan membuat permohonan terhadap warga negara Nepal, KDN memberi kelonggaran dengan membenarkan warga Nepal bermastautin di Malaysia sahaja.

Sementara 2009, KDN sekali lagi melonggarkan permohonan untuk membenarkan penggambilan warga negara Nepal dengan syarat bekas anggota tentera.

Tambahnya, dari segi pembayaran gaji, syarikat-syarikat keselamatan tersebut sememangnya dipantau agar menggunakan dasar gaji minima seperti yang ditetapkan kerajaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

481,424 Calon Duduki PMR Esok

Artikel Lain