suria

Simposium Platform Terbaik Perjelas Islam Kepada Bukan Islam

KUALA LUMPUR: Simposium dan wacana mengenai agama Islam merupakan platform terbaik untuk memberi pendedahan kepada masyarakat bukan Islam mengenainya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata dengan cara ini, ia akan memberi ruang kepada masyarakat Islam dan bukan Islam mencari titik persefahaman untuk menyelesaikan kekeliruan secara baik.

"Kita memahami bahawa masing-masing mempunyai pegangan agama yang berlainan. Kalau kita tidak bijak menghormati orang lain, maka kita akan saling menyalahi dan menindas orang lain. Ini akan menimbulkan keadaan yang tidak tenteram," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan simposium antarabangsa bertajuk 'The Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah Abdul Aziz Initiative's for Dialoque among Civilizations and Followers of Religions' di sini, Khmis.

Simposium sehari itu anjuran bersama Universiti Islam Madinah dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan sokongan Pusat Antarabangsa Raja Abdullah Abdul Aziz bertujuan menjelaskan isu-isu mengenai Islam serta menangkis salah faham dan tohmahan terhadap Islam.

Jamil Khir berkata simposium itu bukan bertujuan untuk mencari isu pendebatan tetapi mencari titik persamaan dengan bukan Islam bagi memperkukuhkan negara bangsa.

Beliau turut memuji usaha menganjurkan simposium itu kerana ia mampu menyemarakkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini dan perbincangan itu mampu menjadi lonjakan yang baik dalam hubungan antara kaum dan agama.

Antara kertas kerja yang dibentangkan pada simposium ini ialah 'Civilizational Dialogue between the Islamic World and other Civilization, A Common Responsibility of Individual and Religious Foundations" oleh Dr Fadlan Mohd Othman daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

'The Approach of Wasatiyyah in Dialogue between Islamic and Western Civilization, A Malaysia Perspective' oleh Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Mohd Zin dan 'The Initiatives of Saudi Arabia on Civilizational Dialogue and the Rebranding of Muslims in the Western Minds' oleh Profesor Dr Abduarrab Nawad Adeen dari Universiti Islam Madinah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

14 Pati Ditahan Polis Marin

Artikel Lain