suria

Dua Beradik Didakwa Bunuh Ibu Tiri

KLANG: Dua adik beradik perempuan tiri didakwa di Mahkamah Majisret di sini pada Jumaat atas tuduhan membunuh ibu tiri mereka berusia 72 tahun.

Tertuduh yang berusia 16 dan 29 tahun itu didakwa membunuh mangsa yang juga guru agama dengan melemaskannya menggunakan bantal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Sri Wangi, Kapar di sini pada pukul 5.30 petang, 14 Julai.

Kedua-duanya didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika didapati bersalah.

Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Ho Kwong Chin berkata, ikat jamin tidak dibenarkan dalam kes pembunuhan dan menetapkan 4 September ini untuk sebutan semula kes.

Artikel Berikut

Artikel Lain