suria

Lesen Teksi Baru Hanya Untuk Mereka Yang Sedang Pajak Teksi

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, lesen baru untuk pemandu teksi individu hanya akan dikeluarkan kepada mereka yang kini sedang memajak teksi syarikat lain.

Beliau berkata, permit baru ini bukan untuk pemohon-pemohon baru.

SPAD katanya perlu berhati-hati di dalam penganugerahan permit teksi baru untuk memastikan tidak berlaku lambakan lesen teksi di pasaran.

"Jika ini berlaku kita sebaliknya akan mematikan industri teksi tempatan. Macamana mereka hendak cari makan jika teksi berlambak-lambak," katanya ketika menjawab soalan para pemberita sejurus sebelum meraikan pihak media dalam majlis berbuka puasa SPAD di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini, Khamis.

Bagaimanapun, kata Syed Hamid, kerajaan telah meminta SPAD menyediakan satu modul baru berhubung masa depan industri teksi bukan untuk menambahkan lagi pemegang lesen.

Artikel Lain