suria

Suami tak izin isteri buat pemeriksaan kolon, risau doktor lelaki tengok dubur... Ramai simpati, bimbang kesihatan makin melarat

Seorang suami pastinya mahu memelihara aurat isteri daripada menjadi tontonan umum. -Gambar hiasan

KISAH segelintir suami yang tidak membenarkan isteri mereka diperiksa atau dirawat doktor lelaki pernah kecoh diperkatakan sebelum ini.

Terbaharu, seorang wanita meraih perhatian netizen selepas dia mengadu kepada warga maya tentang nasib serupa yang sedang dilaluinya.

Menurut wanita berusia 26 tahun itu, dia perlu menjalani prosedur kolonoskopi, namun tidak mendapat kebenaran suaminya.

"Saya kena buat kolonoskopi untuk pemeriksaan lanjut tapi pasangan saya tak setuju.

0 (13)

Biasanya isteri akan mendapatkan keizinan suami sebelum melakukan sesuatu perkara. -Gambar hiasan

"Sebabnya dia takut ada doktor lelaki walaupun dah jelaskan kepadanya yang saya perlu lakukan pemeriksaan ini.

"Apa yang perlu saya buat? Patutkah saya memilih kesihatan atau patuh suami untuk jaga perasaan pasangan saya. Saya terdesak sekarang," ujar wanita itu.

Luahan wanita tanpa identiti itu disiarkan menerusi platform X pada Sabtu.

Untuk pengetahuan, prosedur kolonoskopi dibuat bagi mengesan kemungkinan wujud keabnormalan dalam kolon.

Doktor tak terliur, tak bernafsu tengok... dia nak cari masalah, solusi untuk usus kita.

NETIZEN

Semasa prosedur itu, doktor menggunakan satu tiub panjang yang fleksibel dan disambungkan ke alat perakam kamera video bagi memudahkan pemeriksaan keseluruhan kolon dan dubur.

Rata-rata pelayar X dilihat simpati dengan nasib wanita itu, malah mereka turut kesal dengan pendirian suaminya yang dianggap tidak wajar.

"Laki jenis ni apa je yang ada dalam kepala otak mereka eh? Memang benda seks je ke fikir apabila tengok perempuan? Sampai tak boleh nak bersangka baik langsung.

"Ada kain yang akan cover lubang dubur kamu anon. Doktor yang operate colonoscope tu pandang skrin je.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bawah tempat rahsia suami saja tahu” - Pendakwah lantang pertahan ibu bersalin, label suami dayus biar doktor lelaki tengok aurat

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Azhar Idrus perjelas isu suami dayus biar doktor lelaki sambut bayi - “Bab berubat ini ada kadar-kadarnya”

"Cakap dekat laki kamu, kalau tak nak doktor lelaki, hantar kamu ke hospital swasta," tulis beberapa netizen.

Seorang lagi individu yang pernah menjalani prosedur itu turut tampil berkongsi maklumat dan berharap pengadu mementingkan kesihatannya berbanding pasangan.

"Aku lelaki umur 35, kena buat (kolonoskopi) hari tu. Jururawat perempuan buatkan persediaan sebelum doktor pakar lelaki masuk kamera kat punggung. Fikir kesihatan diri dulu.

"Doktor tak terliur, tak bernafsu tengok. Dia nak cari masalah, solusi untuk usus kita. Baru buat kolonoskopi dah macam-macam. Bayangkan kau diagnos sakit.

0 (156)

Sebelum ini pernah kecoh tentang kes suami yang tidak membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi. -Gambar hiasan

"Dia dump macam tu je nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan. Sayangi diri kamu terlebih dahulu," ujar individu itu lagi.

Untuk pelajaran bersama, sememangnya dalam syariat Islam kita diharamkan melihat aurat sesama jantina dan berlainan jantina.

Dek kerana itu Islam memerintahkan umatnya menutup aurat.

Namun menerusi penerangan di lawan web pejabat Mufti Terengganu, jika bagi tujuan perubatan, maka diharuskan perawat melihat aurat pesakit dan pesakit pula boleh mendedahkan auratnya.

"Jika ada bahagian aurat yang perlu didedahkan, maka cukuplah setakat yang perlu untuk prosedur itu tanpa melampaui bahagian badan lain. Justeru kadar darurat ini akan berubah mengikut keadaan yang diperlukan.

"Situasi lain yang juga menyumbang kepada keadaan darurat melihat aurat antara perawat dan pesakit yang berlainan jantina ialah kekurangan doktor dalam bidang tertentu," demikian menurut laman web berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain