suria

Jubin pun boleh meletup! Tukang rumah kongsi cara nak selesaikan masalah, rupanya silap langkah

Jubin menjadikan ruang rumah kelihatan lebih luas dan mewah. -Gambar hiasan

PEMASANGAN jubin dapat memberikan impak luas dan mewah pada sesebuah kediaman.

Penggunaannya yang semakin popular membuatkan ia turut dipasang di ruangan dapur serta bilik air dengan tema serta corak yang menarik.

Selain perlu memastikan tekstur yang memberikan ciri-ciri anti gelincir dan stail, kaedah pemasangannya juga perlu diberi perhatian kerana terdapat beberapa kes jubin yang siap dipasang tiba-tiba 'meletup'.

Sudahlah rosak, tuan rumah perlu menanggung kos berlipat ganda apabila ia perlu dibuang dan dibersihkan semula sebelum membuat pemasangan baharu.

Menerusi laman Facebook Tukang Apa Hari Ini, warga maya berkongsikan teknik terbaharu bagi memastikan insiden meletup tidak berulang.

Susu latex yang disapu dapat membantu cengkaman jubin pada permukaan lantai. -Foto Facebook

Susu latex yang disapu dapat membantu cengkaman jubin pada permukaan lantai. -Foto Facebook

Pada masa sama jubin dapat melekat lebih kuat dan padat pada permukaan lantai terutama jenis keras dan heavy duty.

1. Untuk pemasangan jubin 2x2 ni, tukang menggabungkan simen gam dengan susu latex.

2. Campuran diletakkan pada belakang simen dan disapu menggunakan alatan notch trowel.

3. Selepas selesai, sapuan campuran tersebut dibiarkan semalaman sebelum diletak dan disusun pada permukaan.

Kaedah ini dapat mengelakkan jubin mudah tercabut mahupun melengkung selepas beberapa ketika.

Ia juga sesuai untuk pemasangan jubin bagi bahagian laman luar yang terdedah pada hujan dan panas.

Kaedah ini juga bagus untuk pemasangan jubin pada table top dan dinding rumah. Jubin reject yang nipis. pun boleh!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain