suria

Kembalikan ‘Perak Man’ Ke Tempat Asal – MP Lenggong

Shamsul Anuar (dua, kanan) ketika mengiringi lawatan ke Muzium Arkeologi Lenggong pada Isnin.
Shamsul Anuar (dua, kanan) ketika mengiringi lawatan ke Muzium Arkeologi Lenggong pada Isnin.
Shamsul Anuar (dua, kanan) ketika mengiringi lawatan ke Muzium Arkeologi Lenggong pada Isnin.

LENGGONG: Sudah tiba masanya untuk ‘Perak Man’ pulang ke tempat asalnya.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, tinggalan rangka manusia terawal di negara ini, pada masa ini sedang dipamerkan di Muzium Negara, sepatutnya dipamerkan di muzium arkeologi di sini.

“Ia akan memberi lebih impak kepada industri pelancongan tempatan di sini.

“Ia akan menjadi lebih bermakna bagi ‘Perak Man’ dipamerkan di sini di mana ia asalnya dijumpai,” kata beliau kepada pemberita.

Beliau menambah, muzium arkeologi itu pada masa ini menempatkan replika rangka berkenaan.

“Pelancong yang mengunjungi Muzium Negara akan menginap di Kuala Lumpur, dan meningkatkan ekonomi tempatan di sana.

“Bayangkan kesannya kepada ekonomi di sini,” tambahnya.

Shamsul Anuar mengulas mengenai pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Sementara itu, bercakap kepada pemberita di Ipoh, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Datuk Hamidah Osman berkata, kerajaan negeri akan meneruskan rundingan dengan Jabatan Warisan Negara dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengenai sebarang kemungkinan untuk membawa 'Perak Man' kembali ke negeri asalnya.

"Artifak itu milik kerajaan persekutuan. Oleh itu, kita perlu berbincang untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

Artikel Lain