JPA Mungkin Lantik KP Wanita Pertama - Semasa | mStar

JPA Mungkin Lantik KP Wanita Pertama

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mungkin mempunyai ketua wanita pertama berikutan perletakan jawatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah secara mendadak.

Dua nama iaitu Datuk Madinah Mohamad dan Datuk Faridah Mohd Ali sering kali disebut-sebut di kalangan pegawai kanan kerajaan yang akan mengetuai 1.4 juta tenaga kerja itu.

Madinah merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan pernah berkhidmat di beberapa agensi termasuk JPA, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Sementara itu, Faridah merupakan Timbalan Ketua Pengarah JPA, dan pernah berkhidmat, bersama yang lain dalam Unit Perancangan Ekonomi.

Seorang lagi wanita iaitu Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur, yang merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, turut disebut sebagai calon untuk jawatan itu.

Kerajaan telah memulakan dasar pada tahun 2004 untuk meningkatkan bilangan wanita dalam pembuat keputusan bagi perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Ser Dr Ali Hamsa, yang dijangka akan mengumumkan nama ketua pengarah JPA yang baru itu pada Isnin tidak mendedahkan nama berkenaan.

JPA dalam satu kenyataan pada Jumaat mengumumkan bahawa perkhidmatan Abu Bakar berakhir pada Ahad.

Penamatan khidmat yang dilihat secara tiba-tiba, Abu Bakar yang berusia 57 tahun itu masih keliru mengenainya dan meminta penjelasan kenapa khidmatnya perlu ditamatkan.

“Pilihan saya adalah untuk berkhidmat sehingga umur 60 tahun telah diterima dan dipersetuji oleh Kerajaan secara efektif pada 1 Januari tahun ini.

“Mereka perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menamatkan (khidmat saya),” kata beliau ketika ditanya sama ada Kerajaan boleh menamatkan khidmat penjawat awam.

Abu Bakar memulakan kerjayanya sebagai penjawat awam pada 1977 sebagai pegawai diplomatik dan pentadbiran, kemudiannya menjadi Ketua Pengarah JPA pada 2010.

Beliau dikatakan menjadi sasaran di kalangan penjawat awam yang tidak berpuas hati dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan menyalahkan beliau kerana perancangan yang tidak berjalan lancar itu.

Skim itu diperkenalkan pada 1 Januari tahun ini tetapi telah dibatalkan dua bulan kemudian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain