Kerani Bank Rentung Selepas Diserang, Dibakar Depan Rumah - Semasa | mStar

Kerani Bank Rentung Selepas Diserang, Dibakar Depan Rumah

KUALA LUMPUR: Seorang kerani bank yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang di sini, malam Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi berkata ketika kejadian mangsa yang dikenali sebagai P. Yoga Ambiga, 27, baru pulang dari kerja di sebuah bank di Medan Pasar pada pukul 10.15 malam.

"Mangsa diserang oleh suspek yang dipercayai lebih daripada seorang. Mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan hangus akibat dibakar," katanya kepada Bernama. Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek menunggu mangsa pulang dari kerja.

"Barang-barang berharga milik mangsa seperti dompet dan telefon bimbit masih berada pada mangsa dan kita tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah disebabkan cemburu," katanya.

Katanya polis masih menyiasat bahan yang digunakan oleh suspek untuk membakar mangsa. Mangsa menetap di rumah itu bersama kakaknya sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, seorang saksi kejadian itu yang hanya ingin dikenali sebagai Efa, 32, yang juga jiran mangsa berkata, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen di rumahnya sebelum terdengar bunyi bising dan suara orang menjerit di luar rumahnya.

"Saya dengar bunyi orang menjerit dua kali sahaja dan kira-kira 10 minit selepas itu saya buka pintu saya tengok ada seorang wanita berada dalam keadaan tertiarap dan seluruh badannya hangus terbakar.

"Dalam masa itu juga ada jiran lain yang datang untuk padamkan api," katanya.

Efa berkata kejadian itu berlaku begitu pantas kerana selepas 10 minit kemudian mangsa sudah tidak bernyawa dan kejadian itu tidak disedari kakak mangsa yang berada di dalam rumah memandangkan kakaknya itu pekak dan bisu.

"Saya rasa mangsa mungkin telah dipukul terlebih dahulu sebelum dibakar kerana itu jeritan suaranya hanya kedengaran sayup sahaja," katanya.

Katanya sebelum kejadian itu, terdapat jiran yang melihat kelibat orang luar di kawasan sekitar apartmen sejak pukul 7.30 malam. - BERNAMA

Artikel Berikut

Khir Toyo Sah Tidak Bertanding PRU-13

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain