suria

Kursus Pergigian Perlu Diperluas Di Universiti Tempatan - Mohamed Khaled

JOHOR BARU: Sektor swasta disaran untuk menjalin kerjasama erat dengan universiti tempatan bagi memperkenalkan lebih banyak program pergigian di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini hanya 12 universiti tempatan menawarkan program tersebut.

"Universiti tersebut hanya menawarkan 300 tempat kepada pelajar setiap tahun kerana kos bagi kursus pergigian lebih mahal," katanya.

Mohamed Khaled ditemui selepas merasmikan program rawatan dan pemeriksaan gigi percuma anjuran Vinayaka Missions International University College di Masai, Ahad.

Artikel Lain