Pengawal Keselamatan Mati Diserang Sekumpulan Lelaki - Semasa | mStar

Pengawal Keselamatan Mati Diserang Sekumpulan Lelaki

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan di sebuah tapak projek sub stesen Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Seksyen 18 di sini mati selepas dipercayai diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian malam Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superitendan Mazlan Othman berkata, mangsa dikenali sebagai I. Krishnanmurthy, 31, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dahi dan badan serta tangan kanan mangsa juga putus.

Beliau berkata, kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai seramai 20 orang menaiki kereta dan kenderaan pacuan empat roda menyerang mangsa dengan merempuh pintu utama sub stesen berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu.

"Kita turut menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk menetak mangsa dalam kejadian itu.

"Siasatan awal tidak menolak motif kejadian ada kaitan dengan dendam membabitkan dua kumpulan kongsi gelap," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Mazlan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, 03-55202222 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain