SKM Batal Penubuhan Lebih 50 Koperasi Bermasalah Tahun Lalu - Semasa | mStar

SKM Batal Penubuhan Lebih 50 Koperasi Bermasalah Tahun Lalu

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membatalkan pendaftaran lebih 50 koperasi bermasalah di seluruh negara sepanjang tahun lalu kerana terlibat dengan pelbagai masalah, termasuk penyelewengan.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Yusuf Samsudin berkata pada 2010, 83 koperasi dibatalkan pendaftarannya.

Antara sebab tindakan itu diambil ialah kerana pengurusan yang tidak komited dengan tidak mengadakan mesyuarat agung serta tidak mengaudit akaun lebih daripada tiga tahun serta tidak melaksanakan apa-apa aktiviti, katanya.

"Ada juga kes-kes penyelewengan dan salah laku, namun jumlahnya tidak banyak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Seminar Hala Tuju Sektor Koperasi Negeri Terengganu di sini, Khamis. Turut hadir Pengarah SKM Terengganu Osman Ismail.

Selain itu, katanya faktor lain termasuklah kelemahan pentadbiran koperasi terutamanya dari segi keupayaan menyimpan rekod.

"Bagaimana pun, kita sentiasa membantu dengan menyediakan bimbingan, nasihat dan latihan," katanya.

Sehingga kini, beliau berkata terdapat 9,100 koperasi yang terlibat dengan pelbagai bentuk perniagaan di seluruh negara dan pihaknya turut menyasarkan 10,000 buah koperasi ditubuhkan menjelang 2013.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan perolehan terkumpul (sehingga ini) sektor koperasi sebanyak RM24 bilion menjelang akhir tahun ini.

Katanya sasaran itu dijangka dapat dicapai memandangkan sehingga 30 Jun 2011, perolehan yang dijana sektor itu ialah RM21.88 bilion manakala sehingga awal tahun ini, jumlahnya mencecah RM22 bilion.

"SKM percaya ia boleh dicapai berikutan perkembangan koperasi sekarang dan minat masyarakat juga mula meningkat terhadap sektor ini," katanya.

Beliau berkata koperasi perlu berani menceburi bidang baru yang boleh menjana pendapatan lebih tinggi tanpa mengabaikan aktiviti tradisi bagi memenuhi keperluan anggota seperti menyediakan pinjaman.

"Lima bidang ekonomi yang perlu diberi fokus ialah perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, perladangan serta pertanian dan industri asas tani.

"Bidang-bidang ini telah dikenal pasti sebagai bidang yang amat berpotensi untuk menjana pendapatan koperasi," katanya.

Beliau berkata SKM turut menyediakan bantuan berbentuk geran dan pinjaman mudah kepada koperasi, selain latihan dan khidmat nasihat teknikal kepada koperasi yang benar-benar komited. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Syed Husin Ali Saman Utusan, Zulkifli Noordin

Artikel Berkaitan

default image

Pekebun Nepal Bebas Tuduhan Bunuh

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain