suria

Khidmat Dr Tiki Lafe Disambung Untuk Tempoh Tiga Tahun lagi

SIBU: Khidmat Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Dr Tiki Lafe disambung untuk tempoh tiga tahun lagi.

Mengumumkan perkara itu di sini, hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Dr Tiki sebagai "seorang pemimpin yang berbakat yang tidak boleh diketepikan".

"Saya percaya beliau boleh memberi sumbangan yang lebih bermakna kepada modul baru dalam program Latihan Khidmat Negara, I-Smart.

Modul ini dapat membantu pelatih yang tidak boleh membaca dan menulis," katanya.

Dr Tiki, seorang pakar perubatan sebelum menceburi dunia politik, juga merupakan Anggota Parlimen Mas Gading dilantik menjadi pengerusi MLKN pada 1 Okt, 2008.

Sementara itu ketika menyentuh mengenai modul I-Smart, Ahmad Zahid berkata majlis itu akan berbincang dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan berhubung pendekatan mereka.

Beliau berkata walaupun bilangan pelatih yang tidak boleh membaca dan menulis, kerajaan masih bimbang.

"Kita sudah pasti perlu pekerja yang mahir yang boleh membaca dalam usaha mencapai objektif Wawasan 2020.

Ia bukan kesilapan sistem pendidikan kita sehingga ada sesetengah pelajar kita tidak boleh membaca dan menulsi," katanya.

Beliau berkata masalahnya mungkin berpunca daripada pendekatan pengajaran di sekolah-sekolah terbabit atau pelajar itu sendiri.-BERNAMA

Artikel Berikut

3,996 Calon Lulus STAM 2011

Artikel Lain