suria

Bekas Presiden NUJ Sertai DAP

PETALING JAYA: Bekas wartawan Utusan Malaysia dan bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamed Hatta Wahari pada Khamis menyertai parti DAP.

Hatta berkata, beliau telah memikirkan mengenai langkah seterusnya beberapa bulan lalu selepas dipecat oleh Utusan pada April tahun lalu.

Katanya, beliau mengambil keputusan untuk menyertai DAP kerana parti itu menyediakan platform untuk beliau membawa isu-isu kebebasan akhbar dan maklumat.

Sebagai permulaan, beliau akan membantu untuk menghapuskan dakwaan yang tidak benar mengenai DAP dan membawa lebih ramai orang Melayu untuk menyertai parti itu yang dimulakan dengan anggota keluarganya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng mengalu-alukan penyertaan Ha’ta.

“Sebagai seorang yang berdiri untuk kebebasan akhbar dan maklumat, kita berharap dengan kebolehannya akan dapat memulakan beberapa perubahan dalam minda masyarakat,” katanya.

Hatta telah dipecat dari Utusan Malaysia pada 21 April tahun lepas, selepas melalui perbicaraan tatatertib yang didapati bersalah memberi keburukan kepada syarikat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain