Pemuda Umno Sabah Anjur 'Ops Tepat' Sebagai Persediaan Hadapi PRU-13 - Semasa | mStar

Pemuda Umno Sabah Anjur 'Ops Tepat' Sebagai Persediaan Hadapi PRU-13

KOTA KINABALU: Pemuda Umno Sabah akan mengadakan sesi taklimat untuk semua 25 bahagian di negeri itu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno negeri Shahelmey Yahya berkata sesi taklimat dinamakan 'Ops Tepat' itu membabitkan semua setiausaha kerja, penolong setiausaha kerja dan pegawai bilik gerakan pilihan raya Pemuda Umno.

"Seluruh masyarakat perlu berganding bahu, khususnya golongan muda di Sabah, bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas perkara berkaitan, Shahelmey berkata setakat ini, seramai 178,986 belia lelaki di seluruh negeri telah didaftarkan sebagai pengundi baru. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut