suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran Hujan Lebat Di Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Menurut Jabatan Meteorologi, kawasan terlibat di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian.

Hujan sekali-sekala dengan sederhana lebat kadangkala dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kota Tinggi dan Mersing di Johor serta Rompin dan Kuantan di Pahang sehingga hari Jumaat.

Jabatan Meterologi mengingatkan paras air laut dijangka naik di Pantai Timur Semenanjung sehingga Khamis.

Angin kencang Timur Laut selaju 60 km sejam (kmsj) pula diramal bertiup di beberapa kawasan Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak manakala laut dijangka bergelora setinggi 5.5 meter.

Laut di Langkawi, Perlis dan Kedah Utara juga dijangka bergelora setinggi 3.5 meter dan berbahaya bagi semua aktiviti pantai dan laut. - BERNAMA

Artikel Lain