suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

500 Anggota AMK Hulu Kelang Sertai Umno

KUALA LUMPUR: 500 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun...dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara...tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai Umno," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai Umno kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia. - BERNAMA

Artikel Lain