suria

Kedai Barang Lusuh Di PJ Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai barang lusuh di Batu Lapan, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya dekat sini hampir musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata kebakaran pukul 6.24 pagi itu dapat dipadamkan dalam masa setengah jam oleh pihak bomba.

"Seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pencala, Seksyen 7 Petaling Jaya dan Balai Subang diarah ke tempat kebakaran dan jentera pertama tiba dalam masa tujuh minit di kedai berkeluasan kira-kira 10 meter persegi itu," katanya kepada Bernama.

Punca dan kerugian sedang disiasat.

Artikel Sebelum

Warga Emas Ditahan Serang Doktor

Artikel Berikut

Artikel Lain