suria

Media Massa Penting Sebagai Alat Interaksi Sosial

SANDAKAN: Media massa memainkan peranan penting sebagai alat interaksi sosial dalam masyarakat terutama sebagai alat pengantara.

Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Zakaria Edris berkata tanpa media massa, interaksi sosial, politik dan ekonomi tidak wujud di dalam masyarakat menurut ukuran moden.

Katanya media massa menjadi penghubung dan menyatukan pada sistem yang wujud di dalam sesebuah negara.

"Proses interaksi antara media dengan masyarakat sentiasa saling mempengaruhi," katanya pada majlis makan malam bagi meraikan peserta Kembara Media Jabatan Penerangan Sabah di sini malam Selasa.

Zakaria yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gum-Gum berkata kembara media itu dapat mengeratkan hubungan pihak media dengan kerajaan dan pemimpin masyarakat tempatan.

Beliau berkata hubungan yang erat itu perlu kerana media merupakan alat pembangunan masyarakat yang penting. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain