suria

Kapal Selam Bantu Lengkapkan Carta Hidrografi Negara

LANGKAWI: Kemasukan dua kapal selam Scorpene dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membantu melengkapkan semua carta hidrografi dan pelayaran di perairan negara, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

"Kita sudahpun berjaya mempunyai carta hidrografi sehingga ke tahap 100 peratus dan kejayaan ini turut disumbangkan oleh Jabatan Laut Malaysia serta Pusat Hidrografi Negara di Pulau Indah, Selangor," katanya.

Proses itu berjaya dipercepat dan dilengkapkan kerana kapal selam berkenaan mempunyai, antara lain, sistem sonar lebih canggih, katanya kepada pemberita ketika ditemui di jeti Awana Porto Malai pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11).

Abdul Aziz juga berkata TLDM berhasrat mempunyai satu skuadron kapal selam yang mengandungi enam kapal selam.

Segmen udara LIMA berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri manakala segmen maritim di Awana Porto Malai. Pameran lima hari itu berakhir Sabtu. - BERNAMA

Artikel Lain