suria

Gempa Bumi Sederhana Berlaku Di Laut Molucca

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Laut Molucca pada pukul 9.38 malam Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan menyatakan bahawa pusat gempa terletak di 307km Barat laut Ambon, Indonesia dan 1,132km tenggara Tawau, Sabah.

Gempa bumi itu tidak menyebabkan ancaman tsunami. - BERNAMA

Artikel Lain