suria

Pembatalan Pendaftaran MMA Ditangguh

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara (JPPM) Cawangan Wilayah Persekutuan telah menangguhkan pembatalan pendaftaran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) selama enam bulan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam berkata, MMA telah mengemukakan rayuan supaya pembatalan itu ditarik balik dan setelah membuat pertimbangan, KDN memutuskan agar pembatalan tersebut ditangguhkan.

"Bagaimanapun jika MMA gagal mematuhi segala peruntukan di bawah Undang-Undang Berdaftarnya dan Akta Pertubuhan 1966 sepanjang tempoh yang ditetapkan, maka pendaftaran MMA akan terbatal secara automatik," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pembatalan itu boleh berlaku jika didapati wujud perkara-perkara antaranya MMA telah sengaja melanggar Undang-Undang Berdaftar Persatuan kerana gagal menghantar senarai nama calon yang dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan Pegawai Persatuan.

MMA telah didaftarkan di JPPM Cawangan Selangor pada 13 Oktober 1967, namun pada 28 September lalu,pendaftarannya dibatalkan oleh JPPM Cawangan Wilayah Persekutuan berikutan persatuan itu telah melanggar undang-undang tertentu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain