714 Kes Anti Pemerdagangan Orang & Anti Penyeludupan Migran Dilaporkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 714 kes Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dilaporkan sehingga 22 November tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Mapo) pada 24 November lalu yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi di KDN Putrajaya.

Sekretariat Mapo dalam satu kenyataan menjelaskan, 714 kes itu termasuk 367 kes yang telah dituduh, 230 pada peringkat bicara, 59 kes yang telah selesai dan 58 kes yang disabitkan.

Mengenai kes-kes penguatkuasaan, sehingga 31 Oktober lepas, sebanyak 535 tangkapan dibuat membabitkan 374 kes.

Manakala sehingga 31 Oktober lepas, seramai 867 mangsa telah diselamatkan dan mendapat perintah perlindungan tetap (PO) serta ditempatkan di rumah perlindungan, kata kenyataan itu.

Jumlah itu membabitkan 257 lelaki, 492 wanita dan 118 kanak-kanak.

Artikel Sebelum

Vespa Khas Edisi Umno Dipamer Di PWTC

Artikel Berikut

1,967 Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Lain