suria

300,000 Mohon Jadi Anggota Sukarelawan KBS

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi program Rakan Muda sehingga kini menerima 300,000 permohonan daripada golongan belia di seluruh negara untuk menjadi sukarelawannya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu berkata, KBS meletakkan sasaran untuk mendapatkan satu juta sukarelawan menjelang akhir 2012 kerana jumlah yang besar itu dapat digunakan untuk memberi khidmat masyarakat seperti membantu mangsa banjir dan bencana alam.

"Golongan belia dalam negara perlu mencontohi belia di Australia, contohnya program The Australian Youth Ambassadors for Development (AYAD) yang diasaskan pada 1998 mendapat sambutan baik daripada ramai belia di negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu persidangan media selepas merasmikan The International Symposium On Voluteerism as Catalyst for Nation Building anjuran Pusat Belia Antarabangsa, yang berlangsung sehingga Rabu ini.

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Datuk Raja Ruslan Raja Samah.

Gan berkata, KBS juga menerima 400 permohonan untuk program My Corps yang melatih anggota sukarelawan menjadi pemimpin dalam sebuah kumpulan dan mempunyai kemahiran yang khusus ketika menghulurkan bantuan kesukarelawan pada masa depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1,967 Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Lain