suria

90% Khidmat K'jaan Secara Dalam Talian Menjelang 2015

PUTRAJAYA: Perkhidmatan kerajaan bagi E-Kaunter dan perkhidmatan dalam talian disasar pada tahap 90 peratus menjelang 2015, kata Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Datuk Mohamad Zabidi Zainal.

Manakala di bawah program 'paperless government', beliau berkata kerajaan telah mensasarkan, 70 peratus urusan surat-menyurat, memo dan minit mesyuarat dibuat secara online dan 90 peratus bagi urusan panggilan mesyuarat.

"Selain meningkatkan kecekapan urusan berkenaan, usaha itu juga akan menyumbang kepada pencapaian objektif strategik inisiatif teknologi hijau dalam urusan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua Pegawai-Pegawai Maklumat di sini, Selasa.

Kerajaan juga katanya, sedang merangka kaedah baru dalam pengurusan ICT yang dikenali sebagai Pengkomputeran Awam.

Mohamad Zabidi berkata, setakat ini ia telah diaplikasikan di 36 agensi kerajaan dan akan diperluaskan di 100 lagi agensi pada masa hadapan.

Selain itu, beliau berkata Mampu juga sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan ciri keselamatan semua sistem dan laman web di bawah kendaliannya sukar digodam pihak tidak bertanggungjawab.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

1,967 Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Lain