suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Terengganu meningkat kepada 313 orang tengah hari ini berbanding 47 orang pada sebelah pagi Selasa.

Daripada jumlah itu, Setiu mencatat jumlah 115 daripada 30 keluarga, Besut juga 115 daripada 25 keluarga dan Hulu Terengganu mencatat 83 orang daripada 15 keluarga.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu berkata di Besut mangsa-mangsa ditempatkan di dewan masjid Kampung Kruak dan dewan serbaguna Kampung Kruak; Setiu (Balai raya Kampung Tasik dan Masjid Kampung Merebau Menyusut) dan di Hulu Terengganu mangsa ditempatkan di balai raya dan Masjid Kampung Sekayu, balai raya Kampung Chering dan balai raya Kampung Pelandan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) melaporkan tiga sungai mencatatkan paras air melebihi paras bahaya iaitu di Sungai Nerus di Kampung Langkap mencecah 22.01 meter (bahaya 21.5 meter) dan Kampung Bukit di Setiu 13.19 meter (bahaya 12.10 meter) serta Sungai Telemong di Kuala Ping berada di tahap amaran 19.63 meter.

Katanya jalan Kampung Jak, Hulu Terengganu ditenggelami air setinggi 0.3 meter dan ditutup kepada semua kenderaan.

Di Besut, beberapa jalan iaitu Jalan Jerteh ke Keruak, Kampung La, Kampung Bekok dan Gertak Jerebong ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air 0.5 meter hingga 2 meter. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wahabi Bukan Ajaran Sesat

Artikel Lain