suria

Lelaki Ditemui Mati Di Depan Rumah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di dada kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam, di hadapan sebuah rumah di Taman Mutiara Timur, Cheras dekat sini, malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata seorang pengawal keselamatan di kawasan perumahan berkenaan sebelum itu melihat lelaki tersebut berlari sambil meminta tolong sebelum rebah dalam kejadian kira-kira 10.45 malam.

Mangsa merupakan seorang kerani berusia 25 tahun dan tinggal seorang diri di kawasan perumahan itu, katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Mohan berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat. Siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Artikel Lain