suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

YIT Perjelas Tunggakan Elaun Hampir 3,000 Guru Khidmat Masyarakat Isnin Ini

KUALA TERENGGANU: Hampir 3,000 guru khidmat masyarakat akan menerima tunggakan elaun daripada Yayasan Islam Terengganu (YIT), Isnin, membabitkan peruntukan berjumlah RM4.7 juta.

Pengarah YIT Md Kamaru Al-Amin Ismail berkata tunggakan itu bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Tunggakan itu berikutan kenaikan elaun daripada RM150 sebulan kepada RM300, katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YIT, di sini, Ahad.

Mengulas perkembangan lain, Md Kamaru Al-Amin berkata YIT akan membuka tiga lagi tadika tahun depan menjadikan jumlah keseluruhan 21 buah.

Tadika terbabit akan dibuka di Kampung Seberang Takir di sini, di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun dan Kampung Mak Nik Kijal, Kemaman.

Setiap bangunan Tadika itu bernilai RM3.5 juta dan mampu menempatkan sehingga 700 orang murid pada satu-satu masa, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain