suria

Trafik Bergerak Perlahan Di Bahagian Utara

KUALA LUMPUR: Trafik bergerak lancar di kebanyakan Lebuhraya Utara Selatan (Plus) kecuali di bahagian utara yang bergerak perlahan ekoran peningkatan jumlah kenderaan.

Seorang jurucakap PLUSLine memberitahu Bernama trafik bergerak perlahan antara Bukit Kayu Hitam ke Thailand, Bukit Tambun ke Juru, Pulau Pinang, Terowong Menora ke R&R Sungai Perak dan Slim River ke Sungkai. Katanya trafik dari tol Sungai Besi ke arah Selatan masih lancar dan kenderaan dikesan mula meningkat dari Sedenak ke Simpang Renggam, Johor.

"Kita menjangkakan kenderaan akan bertambah selepas waktu tengah hari hingga ke petang," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Sementara itu menurut twitter Plus Trafik, terdapat satu kemalangan yang berlaku pukul 11.57 pagi ini di km30.8 arah utara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Putrajaya, namun tiada laluan terhalang dan trafik lancar.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula memberitahu kenderaan bergerak perlahan di Plaza tol Gombak. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain