suria

Semua Mangsa Banjir Di Langkawi Dibenarkan Pulang

LANGKAWI: Kesemua 43 mangsa banjir dari lapan keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada Sabtu, setelah air didapati semakin surut sejak banjir melanda Langkawi Rabu lepas.

Pegawai Kebajikan Masyarat Daerah Langkawi Che Ahmad Noor berkata daripada jumlah itu, 30 mangsa melibatkan lima keluarga dari Kampung Belak Kedawang, manakala 13 mangsa membabitkan tiga keluarga dari Kampung Atas/Raja.

"Bagaimanapun pihak kami masih berjaga-jaga kerana hujan masih turun," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata petugasnya yang bercuti akan dipanggil bekerja sekiranya banjir berulang lagi.

Sementara itu, Pertubuhan Peladang Kawasan Langkawi akan membuat bancian sawah padi yang ditenggelami air ketika bencana itu.

Pengerusinya Adnan Muda berkata bancian itu akan dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Langkawi untuk tindakan selanjutnya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain