suria

Tragedi Cameron Highlands: Kementerian Tunggu Laporan Penuh

SRI AMAN: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mendapatkan laporan lengkap mengenai kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sebelum mengambil tindakan lanjut.

Menterinya Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata beliau sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan penuh secepat mungkin.

"Ia berlaku semalam dan bila ada maklumat lanjut baru kita tahu apa sebenarnya berlaku," katanya kepada BERNAMA, di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai tragedi tanah runtuh yang mengorbankan tujuh nyawa di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang, Cameron Highlands petang Ahad.

Kejadian 5.45 petang itu yang menyaksikan tiga rumah ditimbus tanah dan lumpur susulan hujan lebat turut menyebabkan dua lagi cedera parah.

Artikel Lain