suria

Remaja Thailand Edar Dadah Dihukum Mati

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang remaja Thailand yang didapati bersalah mengedar lebih 2 kilogram ganja, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammattakwa Kutha, 22, selepas mendapati pembelaan yang dikemukakannya gagal untuk mematahkan kes pendakwaan terhadapnya.

"Saya mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh adalah tidak lojik dan tiada alasan yang dikemukakan oleh tertuduh mengapa lelaki bernama 'wa' sengaja memerangkan tertuduh ke tempat kejadian," katanya.

Akhtar yang tidak mempercayai pembelaan tertuduh memutuskan pihak pendakwaan menerusi lapan saksi telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

Muhammattakwa yang merupakan bapa kepada seorang anak didakwa mengedar 2764 gram ganja pada pukul 10 malam, 2 Julai 2009 di hadapan kedai ninetynine stich & uniform, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, dekat sini.

Pada Isnin, Akhtar melepas dan membebaskan rakan tertuduh, Mohd Zaikanin Kamarudin, 26, daripada pertuduhan sama selepas mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk menimbulkan prima facie untuk memanggil dia membela diri.

Berdasarkan keterangan pada perbicaraan, dadah tersebut ditemui di bahagian belakang kereta milik bapa Muhammattakwa yang dipandunya.

Artikel Lain