Wanita Umno Diingat Jangan Terleka Dalam Zon Selesa - Semasa | mStar

Wanita Umno Diingat Jangan Terleka Dalam Zon Selesa

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak mengingatkan sayap wanita parti itu supaya jangan leka dan terlena dalam zon selesa, sebaliknya harus sentiasa siap-siaga menunggu tiupan wisel pilihan raya pada bila-bila masa.

Beliau berkata ini penting kerana Pergerakan Wanita Umno memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan seperti dibuktikan dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini dan juga pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

"Wanita tidak boleh leka. Wanita mesti ada keyakinan bagi memastikan perjuangan Umno terus maju, mesti ada kekuatan bersama-sama menjayakan agenda transformasi kerajaan, mesti ada komitmen mendampingi rakyat secara berterusan.

"Wanita Umno kini diakui berada di tahap membanggakan dari segi perjuangan dan pencapaian, tapi ia tidak harus melalaikan kita. Wanita jangan berasa selesa dalam zon ini," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Belud di sini, Sabtu.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud menegaskan dalam mengharungi cabaran semasa, Wanita perlu memperkukuh kerjasama dan lebih fokus terhadap tindakan selain berdisiplin dan berintegriti.

"Kesatuan perjuangan mesti ada. Komitmen dalam tugasan mesti dipupuk," katanya.

Menurutnya iklim politik kini berbeza dan rakyat mempunyai dua pilihan, iaitu antara Barisan Nasional (BN) atau parti lawan.

Justeru, katanya, Wanita mesti bersikap proaktif bagi menentukan rakyat membuat pilihan terbaik.

"Kita harus besikap mesra rakyat, membuang sikap ego atau pentingkan diri sendiri. Utamakan parti daripada individu, kerana yang membentuk kerajaan adalah parti, bukan individu.

"Marilah kita bentuk pasukan supaya menjadi kuat, jangan bentuk kumpulan nanti wujud kelompok, dan akhirnya parti pecah berderai," kata Salleh. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Warga Emas Didakwa Rogol Anak Tiri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal