Umno Sasar Menang 30 Kerusi DUN Di Selangor - Noh Omar - Semasa | mStar

Umno Sasar Menang 30 Kerusi DUN Di Selangor - Noh Omar

KOTA BHARU: Umno Selangor sudah bersedia menawan balik negeri Selangor dengan menyasarkan Barisan Nasional (BN) memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata UMNO dan BN mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi pilihan raya umum itu dan yakin dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat negeri itu untuk memilih semula BN.

"Kita sudah bersiap sedia seolah-olah esok pilihan raya dan kita beri tumpuan penuh pada kawasan 'putih' dan 'kelabu' di Selangor yang kita yakin beroleh kemenangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, di sini, Jumaat.

Ketika ini, jumlah kerusi dalam DUN Selangor ialah 56 dengan Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi manakala BN sebanyak 20 kerusi dan seorang ADUN bebas.

Beliau berkata rakyat Selangor kini sudah mula melihat banyak kepincangan yang berlaku dalam kerajaan negeri di mana banyak janji-janji pilihan raya umum lalu masih belum dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu.

Mengulas program Gelombang Merah oleh UMNO Kelantan, Noh yakin program itu dapat mengembalikan semula Kelantan kepada BN pada pilihan raya umum nanti berdasarkan kepada sambutan rakyat terhadap program tersebut.

Sementara itu, Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata semua kawasan Parlimen di seluruh negara kini mendapat peruntukan khas sebanyak RM100,000 bagi membantu golongan petani kecil.

"Saya serahkan peruntukan ini kepada semua Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen untuk mereka melaksanakan projek-projek kecil pertanian bagi membantu petani," katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain