suria

Bayi Lelaki Ditemui Di Lorong Tandas HTAR

KLANG: Seorang bayi lelaki yang dibalut badannya dengan kain tuala dan kain batik lusuh ditemui di lorong tandas Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Md Yusof berkata bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemui seorang pengawal keselamatan HTAR pada pukul 4 pagi.

"Bayi berkulit cerah seberat 3.85 kg dan tidak diketahui bangsanya itu ditemui dalam keadaan sempurna tubuh badan dan tiada kecederaan pada tubuh.

"Tiada nota atau dokumen ditemui pada bayi yang tidak mempunyai parut suntikan BCG itu," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Mohamad berkata bayi itu dimasukkan ke hospital itu dan keadaannya dilapor stabil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Sah Presiden Baru Kita

Artikel Berikut

Artikel Lain