Bapa Saiful Bukhari Pohon Perkenan Agong Percepat Kes Liwat Anaknya - Semasa | mStar

Bapa Saiful Bukhari Pohon Perkenan Agong Percepat Kes Liwat Anaknya

KUALA LUMPUR: Bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan.

Beliau hadir di hadapan Istana Negara di sini ditemani tiga orang rakannya menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada pukul 3 petang.

Azlan, 57, dalam kenyataannya kepada media berkata beliau mahu menyampaikan suara hatinya kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes liwat membabitkan anaknya itu sering ditangguhkan sejak tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan," katanya.

Kes berkenaan beberapa kali ditangguhkan kerana menunggu keputusan mahkamah ke atas beberapa permohonan daripada pihak Anwar.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Bakal Anggota PDRM Harus Pandai Sesuaikan Diri

Artikel Berikut

Bayi Lelaki Ditemui Di Lorong Tandas HTAR

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan