Pendapatan Doktor Merosot - Semasa | mStar

Pendapatan Doktor Merosot

KUALA LUMPUR: Pengamal perubatan am yang pernah dianggap sebagai golongan profesional berpendapatan tinggi di negara ini kini merosot pendapatan berikutan jumlah pesakit yang semakin berkurangan, demikian menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Rencana pengarang terbaru buletin terbitan persatuan itu berkata trend itu membimbangkan kerana profesion itu mungkin pupus pada satu masa nanti hingga para pesakit menghadapi kesukaran mendapatkan rawatan.

Rencana pengarang itu berkata pengamal perubatan am di Malaysia merupakan amalan pilihan yang laris dan banyak doktor meninggalkan perkhidmatan kerajaan untuk menyertai sektor swasta sebaik sahaja perkhidmatan wajib mereka selesai.

"Seorang pengamal perubatan am terkenal di Lembah Klang boleh melihat lebih daripada 150 pesakit sehari semasa waktu yang baik tetapi sekarang ia menurun kepada kira-kira 20 orang," katanya.

"Walaupun kerajaan berusaha menyelamatkan keadaan dengan menyediakan banyak rancangan rawatan utama melalui klinik 1Malaysia dan 1Jagaan, tapi kita bimbang bahawa amalan pengamal perubatan am ini tidak mendapat peluang dalam sistem baru ini," kata rencana pengarang itu.

Oleh itu, pesakit yang mampu membayar rawatan kesihatan perlu mempunyai akses ke pusat rawatan kesihatan swasta pada kos yang berpatutan," katanya. Satu lagi trend membimbangkan yang dikesan MMA adalah hospital swasta juga akan mengalami nasib yang sama dalam soal mendapatkan pembayaran balik berikutan kos rawatan kesihatan yang semakin meningkat.

"Premium insurans mungkin dinaikkan pada masa depan menjadikan pesakit tidak berkemampuan dan dengan ini hospital-hospital mengalami kekurangan pelanggan.

Keadaan ini memberi tekanan ke atas hospital-hospital kerajaan yang sudahpun mencapai hadnya," katanya.

Sehubungan itu, MMA meminta kerajaan menyelesaikan isu kewangan penjagaan kesihatan dengan segera agar orang ramai mendapat akses dengan sistem jagaan kesihatan tanpa mengira ia adalah swasta atau awam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penghantar Surat Terlepas Tuduhan Merompak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain