suria

Dewan Rakyat Tidak Bersidang Minggu Depan Sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat tidak bersidang minggu sempena sambutan Hari Raya Haji yang disambut pada 17 November.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata persidangan akan disambung semula pada 22 November.

"Sempena cuti Hari Raya Haji, minggu depan 15 November hingga 18 November tiada persidangan.

"Takwim ini telah pun dimaklumkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen pada Selasa. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain