suria

N45 Galas: Pusat Mengundi SK Pos Brooke Berjalan Lancar

GUA MUSANG: Berbeza dengan beberapa pusat mengundi sekitar kawasan bandar, situasi pusat mengundi di peti undi si Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Brooke berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Tinjauan mendapati pengundi di kawasan berkenaan mula berkumpul di luar pusat mengundi sejak awal pagi sebelum proses pengundian dibuka secara rasmi pada pukul 8 pagi.

Mereka juga berada dalam keadaan tertib dan berbaris di luar pagar kawasan pusat pengundian menanti giliran untuk masuk membuang undi.

Peti undi SK Pos Brooke mempunyai 610 pengundi berdaftar dengan tiga lokaliti iaitu Brooke Singer, Nengrod dan Reloi. Kebanyakan pengundi memakai kemeja-t berwarna merah.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berperanan menyediakan pengangkutan kepada semua pengundi untuk dibawa ke pusat pengundian.

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain