Kronologi Proses Mengundi DUN Galas: BN (1,576), PAS (881) - Semasa | mStar

Kronologi Proses Mengundi DUN Galas: BN (1,576), PAS (881)

BERIKUT kronologi proses hari mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang berlangsung pada Khamis.

TERKINI: Setelah 10 peti undi diterima termasuk undi pos, BN mendahului dengan 1,576 undi manakala PAS mendapat 881 undi. Jumlah peti undi yang berlum diterima ialah 16.

5.20 petang: Sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang, peratus keluar mengundi ialah sebanyak 77.73 peratus atau 8,980 orang. Jumlah tersebut tidak termasuk peti undi Orang Asli iaitu Pos Belatim, Balar dan Bihai. Sebelum ini SPR mensasarkan peratusan keluar memngundi adalah melebihi 80 peratus. 4.25 petang: Sehingga pukul 4 petang, SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi ialah sebanyak 69.88 peratus atau 8,073 pengundi keluar mengundi. Tempoh mengundi akan ditutup pada pukul 5 petang.

3.20 petang: Tinggal kira-kira dua jam sebelum proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini, SPR megesahkan sebanyak 7,651 pengundi atau 66.23 peratus sudah keluar mengundi.

2.20 petang: SPR mengesahkan sehingga pukul 2 petang, jumlah keluar mengundi ialah seramai 7,092 orang atau 61.31 peratus.

1.30 petang: Sehingga pukul 1.00 tengah hari, peratus keluar mengundi ialah 55.75 peratus atau 6,441pengundi keluar mengundi.

1.00 petang: Seorang anggota pergerakan Puteri Umno dikatakan dipukul di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Beliau kini menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

12.20 tengah hari: Sehingga pukul 12 tengah hari, peratus keluar mengundi ialah sebanyak 49.61 peratus atau 5,732 orang. Jumlah berkenaan tidak termasuk peti undi Pos Brooke, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi.

11.00 pagi: SPR mengesahkan jumlah keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ialah seramai 4,585 orang atau 39.72 peratus.

10.15 pagi: Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ialah sebanyak 24.02 peratus atau 2,775 pengundi.

9.45 pagi: Susana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Gua Musang terkawal selepas insiden pergaduhan kecil awal pagi tadi.

9.30 pagi: Kesesakan teruk berlaku di sepanjang jalan utama bandar baru Gua Musang menuju ke bandar lama.

9.20 pagi: Sehingga pukul 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Dun Galas adalah sebanyak 15 peratus. (SPR menyifatkannya sebagai petanda baik dan yakin sasaran 80 peratus keluar mengundi akan berjaya dicapai)

9.15 pagi: Berlaku insiden perang mulut antara penyokong PAS danBN di luar pusat mengundi SMK Tengku Indra Petra 1.

9.00 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed melawat pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 1.

8.30 pagi: Berlaku insiden tumbuk menumbuk antara penyokong PAS dan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi. Tiada sebarang kecederaan berlaku.

8.00 pagi: Proses mengundi bagi 25 pusat mengundi dibuka serentak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lim Chong Eu Masih Tidak Sedar

Artikel Berkaitan

default image

Peniaga Bebas Tuduhan Rogol

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain