suria

Muhyiddin Terima Kunjungan Duta Baru Amerika Ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat menerima kunjungan duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W.Jones, yang baru berkhidmat di negara ini.

Pertemuan selama kira-kira 30 minit di Teratai Suite, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diadakan di luar Perhimpunan Agung Umno itu membincangkan mengenai hubungan dua hala dengan Malaysia berharap agar hubungan tersebut terus kekal di bawah pentadbiran duta baru itu.

Jones pernah berkhidmat di Asia, Eropah dan Amerika Latin serta merupakan bekas Timbalan Perwakilan Khas untuk Afghanistan dan Pakistan serta Timbalan Pembantu Setiausaha Negara.

Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain