Peniaga Luar Bandar Diingatkan Tidak Naikkan Harga Gula Sesuka Hati - Semasa | mStar

Peniaga Luar Bandar Diingatkan Tidak Naikkan Harga Gula Sesuka Hati

SRI AMAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada peniaga runcit di kawasan luar bandar dan pedalaman di negeri ini agar tidak menaikkan harga gula sesuka hati dengan alasan terpaksa menanggung kos pengangkutan yang tinggi.

Timbalannya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, peruncit yang telahpun mendapat permit jualan gula daripada kementerian tersebut sejak 1 Julai lalu boleh dikenakan tindakan tegas jika mereka menaikkan harga gula terlalu tinggi daripada yang ditetapkan.

"Untuk Sarawak harga gula sekilogram adalah RM2 dan ada sesetengah tempat di luar bandar kita menerima laporan harga gula dijual RM2.70 sekilogram dan lebih, ini telahpun kita siasat untuk diambil tindakan termasuk menarik balik permit jualan gula peruncit terbabit," katanya di sini selepas program bimbingan menaiktaraf ekonomi usahawan kecil anjuran Bank Rakyat cawangan Sri Aman.

Beliau berkata, KPDNKK bukan sahaja akan terus memantau penjualan gula malah juga 25 barang kawalan lain seperti gas memasak LPG, tepung dan minyak masak.

Menurutnya di bawah program 1Malaysia 1Harga, KPDNKK akan memastikan rakyat di kawasan pedalaman turut menikmati harga barang kawalan yang lebih berpatutan seperti mana yang dinikmati masyarakat di kawasan bandar.

Khamis lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KPDNKK telah memohon peruntukan sebanyak RM200 juta dalam belanjawan 2011 untuk program penyeragaman harga barang kawalan di seluruh negara khasnya untuk Sarawak dan Sabah.

Ismail berkata, daripada jumlah tersebut hampir 70 peratus diperuntukkan untuk program penyeragaman harga barang kawalan utama di kawasan luar bandar di Sarawak.

Menurutnya, setakat ini KPDNKK dengan peruntukan RM79 juta tahun ini hanya mampu memastikan 30 peratus pengguna di kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah serta beberapa kawasan di Semenanjung menikmati penyeragaman harga barang kawalan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PGM Rampas 22 Ekor Lembu Seludup

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain